Pengertian dan Kepentingan Backlink

apa-itu-maksud-kepentingan-backlink
klik untuk sumber gambar
Backlinks adalah asas SEO yang harus diketahui maksud dan cara menggunakannya. Pengertian Backlinks adalah link dari sesuatu laman web, ke laman web yang lain. Misalnya, dari laman web A, terdapat link ke post di laman web B. Link itu dipanggil backlinks.

Pentingkah Backlinks?

Backlinks adalah antara asas SEO bermakna sangat penting. Backlinks juga berfungsi meningkatkan page rank blog kita di SERP di samping meningkatkan visitors ke blog atau laman web kita. Blog atau laman web tanpa backlinks, ibarat kereta tanpa pemandu. Oleh itu, setiap bloggers hendaklah belajar dan tahu asas-asas backlinks.

Bagaimanakah Cara Mendapatkan Backlinks?

Cara yang paling banyak digunakan adalah dengan berkunjung ke laman web lain dan memberi komen yang mempunyai link ke blog sendiri. Namun, anda tidak boleh meletakkan link blog anda begitu sahaja. Link blog anda hendaklah 'clickable' atau boleh diklik terus untuk pergi ke artikel blog anda. Untuk melakukan itu, copy kod di bawah...

<a href="url post">tajuk post</a>

Gantikan tulisan url post (tanpa membuang tanda " ) dengan url ke post anda. Manakala tulisan tajuk post diganti dengan apa sahaja yang anda ingin tulis. Namun, admin sarankan, biarlah ia berkaitan dengan artikel blog anda. Misalnya, url tersebut membawa ke artikel tentang 'cara buat duit online', apa salahnya tulis "jom ketahui cara buat duit online di sini".

Bolehkah Letak Backlinks di Laman Sosial Seperti Facebook?

Boleh namun backlinks dari laman sosial seperti Facebook adalah noflollow dan bukan dofollow. Bermakna, ia mungkin tidak akan dapat membantu meningkatkan page rank artikel anda dalam SERP namun masih membantu untuk meningkatkan visitors dan pelawat. Lagipun, anda tidak perlu bersusah payah membuat kod seperti di atas kerana link memang akan sedia 'clickable'.

 

No comments:

Post a Comment