Cara Mempromosikan Blog Untuk Meningkatkan Trafik

promosi-blog-trafik
klik untuk sumber gambar
Untuk mendapat visitors ke blog atau laman web, anda kenalah rajin mempromosikan blog anda. Mempromosikan blog itu boleh jadi sukar, boleh jadi mudah. Bergantung kepada cara anda untuk mempromosikan blog atau laman web. Antara cara untuk mempromosikan blog atau laman web ialah......

1. Laman Sosial.

Cara mudah untuk mempromosikan blog. Tetapi, ramai yang menyalahgunakan laman sosial untuk promote blog atau laman web apabila menggunakan kaedah SPAM. Harap anda tidak menggunakan SPAM untuk promote blog.

Admin ada buat post pasal Cara Untuk Mempromosikan Blog di Facebook. Silakan klik link INI jika ingin mengetahuinya.

2. Iklan Berbayar.

Antaranya ialah adwords. Selain itu, anda juga boleh menawarkan blogger lain untuk mempromosikan blog anda. Tapi, pastikan blog anda bersih dan berkualiti supaya mereka bersetuju.

3. Meletakkan Widget / Butang Share ke Laman Sosial.

Untuk pengguna platform blogspot yang menggunakan template default, anda sudah ada ada butang share di setiap bawah post. Tetapi, anda boleh meletakkan widget lain supaya visitors lebih cenderung untuk share post blog anda. Apabila post blog anda di-share, secara teknikal ia sudah dipromosikan secara percuma.

4. Meminta Visitors Share.

Belum tentu cara nombor 3 berkesan seratus peratus. Namun, peratusan keberkesanan itu boleh ditambah dengan meminta mereka share post blog anda. Bukan susah, tulis sahaja di bawah post, "Jika anda suka post dan blog saya, silakan share".

5. Kerjasama Antara Bloggers.

Daripada anda membazir wang untuk menggunakan kaedah nombor 3, apa kata anda meminta mereka mempromosikan blog atau lama wen melalui kerjasama? Maksudnya, dia promote blog anda, anda juga promote blog dia.

Untuk lebih berkesan, carilah blogger yang sama taraf atau kurang daripada anda. Jika blogger yang sudah berjaya, belum tentu kerjasama dapatd diwujudkan melainkan dia ikhlas.

6. Komen di Blog Lain.

Memberi komen di blog lain dengan meletakkan url blog dinamakan blogwalking. Melalui blogwalking, bukan sahaja anda dapat mempromosikan blog atau laman web anda, tetapi dapat membina backlinks untuk SEO blog atau laman web anda.

7. YouTube.

Jika anda akaun YouTube, anda boleh promote blog atau laman web anda di "description" video. Peratusan keberkesanan cara ini bergantung dengan followers channel YouTube dan views video anda.

8. Whatsapp.

Ada group whatsapp? Promote lah disitu. Tapi, kenalah promote blog secara bijak. Misalnya tidak terlalu kerap atau menggunakan ayat yang cantik. Atau lebih senang, mengaku sahaja lah, "wei, jom follow blog aku. ni url....". Hmm...

Harap post ini serba sedikit mambantu anda mempromosikan blog atau laman web anda. Admin nak cuba cara nombor 4 lah...

Jika anda suka post dan blog saya, silakan share.

No comments:

Post a Comment