klik untuk sumber gambar |
Jadi, apakah cara mendapatkan backlinks berkualiti?
1. Internal Link.
Cara termudah untuk mendapatkan backlink berkualiti. Bukan sahaja ia berkualiti, tapi memudahkan anda dan pembaca untuk mengetahui sesuatu maklumat. Jika belum tahu apakah itu Internal Link, ketahui di SINI.
2. Kerjasama Antara Bloggers.
Antara cara yang disyorkan untuk mendapatkan backlink berkualiti. Anda hanya perlu berkomunikasi dengan blogger lain dan meminta dia meletakkan backlink yang membawa ke post dalam blog anda. Untuk lebih membantu, post anda hendaklah berkaitan dengan post dia. Maksudnya, jika post dia pasal "10 Ubat Jerawat", dan dia ada sebut pasal "oxy" tapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi blogger itu untuk meletakkan url ke post anda berkaitan "oxy" dalam bentuk Dofollow.
Anda tidak boleh memilih soal memilih blogger. Walaupun blogger itu bukan blogger famous, tapi ada post dia yang berada di kedudukan yang baik di SERP dan tidak menggunakan teknik Black Hat SEO, blogger itu sudah menunjukkan dia layak memberi blog atau laman web anda backlink yang berkualiti.
3. Melalui Facebook.
Jika anda share link di Facebook, link itu akan secara automatik menjadi Nofollow. Bererti, ia mungkin tidak membantu meningkatkan SEO post yang dikongsikan di Facebook.
Tapi, Facebook mempunyai banyak pengguna. Inilah kesempatan untuk anda mempromosikan blog melalui Facebook. Selain itu, jika anda gabungkan kaedah ini dengan kaedah nombor satu, anda sudah boleh mendapatkan backlink berkualiti untuk blog atau laman web anda.
Bagaimana Caranya?
Cara termudah adalah dengan membuat satu fan page Facebook. Kemudian, buat satu post dan letakkan link yang akan membawa ke sesuatu post dalam blog anda. Seterusnya, promosikan dengan Facebook Ads. Bila ramai orang klik link itu, maka ramailah yang mengunjungi blog anda. Di sini, sebahagian daripada mereka akan membaca lagi post lain di blog anda. Bermakna, walaupun anda tidak dapat membuat backlink berkualiti untuk sesuatu post dalam blog anda, sekurang-kurangnya anda sudah membuat backlinks untuk post anda yang lain.
4. Hindari SPAM.
Gunalah apa sahaja kaedah untuk mendapatkan backlink untuk blog atau laman web anda asalkan dengan kaedah White Hat SEO. Jika anda menggunakan kaedah SPAM untuk menarik visitors untuk blog anda, kemungkinan besar enjin pencari menganggap blog anda blog SPAM. Bila ia terjadi, maka, kedudukan blog anda di SERP boleh merosot.
Backlink dan SEO amat penting untuk blog kita di mata google.
ReplyDeletebetul. melainkan tujuan blog kita hanya untuk hiburan sahaja
DeleteBacklink dan SEO amat penting untuk blog kita di mata google.
ReplyDelete