Apa Itu Pengertian Backlink Berkualiti

backlink-berkualiti
klik untuk sumber gambar
Dalam post sebelum ini, admin sudah menjelaskan apakah itu backlink. Sekarang, admin nak jelaskan pengertian backlink berkualiti dan tidak berkualiti. Seperti blog, backlink juga mempunyai kualiti nya sendiri. Penting untuk anda mengetahui maklumat ini kerana ramai yang menyebarkan backlink dengan cara salah.

Maksud Backlink Berkualiti.

Backlink berkualiti adalah backlink yang tidak melanggar peraturan enjin pencari atau bukan Black Hat SEO. Selain itu, backlink berkualiti adalah banklink yang banyak di-klik atau banyak menyumbangkan trafik dan membantu dalam perkembangan SEO blog.

Maksudnya, jika sesuatu blog mendapat banyak visitors melalui backlink, backlink itu juga dikira backlink berkualiti. Backlink berkualiti juga biasanya bersifat Dofollow dan bukan melalui SPAM atau melalui autosurf. Jika anda ada baca post sebelum ini, admin ada jelaskan sedikit apakah itu autosurf dan sebab untuk tidak menggunakannya.

Pengertian Backlink Tidak Berkualiti.

Adalah lawan daripada backlink berkualiti. Backlink tidak berkualiti adalah backlink yang menggunakan teknik Black Hat SEO seperti SPAM dan sebagainya. Backlink tidak berkualiti juga tidak menyumbangkan visitors kepada blog dan biasanya bersifat Nofollow.

Walaupun link Nofollow tidak sesuai untuk meningkatkan kedudukan blog di SERP, tapi sebenarnya ada kelebihan yang kita boleh dapat daripadanya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke halaman INI.

Backlinks Yang Banyak Tidak Semestinya Berkualiti.

Betul. Biarlah berjuta backlink, tapi, kalau hanya dua tiga orang yang klik, ia dikira backlink tidak berkualiti. Untuk menentukan kualiti sesuatu backlink, perkara yang perlu diambil kira ialah jumlah orang yang klik dan cara ia diletakkan.

Satu backlink sahaja sudah boleh dikira berkualiti jika banyak di-klik dan menyumbangkan trafik dan perkembangan blog dalam SEO dan kedudukan di SERP. Harap anda sudah faham apakah itu backlink berkualiti dan tidak berkualiti.


No comments:

Post a Comment