Cara Meningkatkan Visitor dan Pageviews Blog

klik untuk sumber gambar
Setiap bloggers pasti mahu mendapatkan visitors dan pageviews kecuali untuk blog peribadi. Sebelum mengetahui cara mendapatkan dan meningkatkan visitors dan pageviews, admin harap anda sudah tahu erti dan perbezaan visitors dan pageviews.

1. SEO.

SEO itu penting untuk membuatkan blog anda berada di kedudukan yang baik di SERP seperti di halaman pertama. Apabila kedudukan di SERP baik, maka mudahlah anda mendapat visitors daripada enjin pencari seperti Google. Untuk mengetahui teknik-teknik asas SEO, silakan ke SINI.

2. Mempromosikan Blog.

Banyak cara mempromosikan blog seperti menggunakan adwords atau memberi komen di blog lain. Untuk mengetahui cara-cara mempromosikan blog, silakan ke HALAMAN INI.

3. Menjadikan Blog / Laman Web Lebih Cepat Loading.

Blog atau laman web yang lambat loading membuatkan visitors berasa malas untuk terus membaca blog anda. Apabila ia terjadi, mereka akan keluar daripada blog anda dan tidak lagi membaca post-post lain dalam blog anda sekaligus menyebabkan anda gagal mendapatkan lebih pageviews daripada seorang visitor.

Untuk menjadikan blog atau laman web anda lebih cepat loading, hanya perlu mengurangkan widget dan menggunakan template yang tidak dynamic dan ringkas.

4. Internal Link.

Cara mudah untuk meningkatkan pageviews blog atau laman web. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Internal Link, silakan ke HALAMAN INI.

5. Menghindari Teknik Black Hat SEO.

Black Hat SEO harus dihindari agar kualiti dan kedudukan blog atau laman web anda di SERP terjamin. Bila kualiti blog anda merosot, secara teknikal visitors dan pageviews blog anda juga merosot.

6. Mendapatkan Followers.

Cara yang mudah dan pantas untuk mendapat visitors dan pageviews selepas sahaja membuat post baru. Untuk mengetahui cara mendapatkan dan meningkatkan followers, silakan ke HALAMAN INI.

7. Backlinks.

Bukan sahaja dapat meningkatkan SEO, malah dapat menarik visitors daripada laman web lain. KLIK SINI untuk mengetahui maksud backlinks.

No comments:

Post a Comment