Teknik Asas SEO Untuk Blogger Pemula

teknik-asas-seo
klik untuk sumber gambar
 Setiap blogger hendaklah mengetahui teknik-teknik asas SEO. SEO itu penting untuk reputasi blog anda di samping menarik visitors dari carian Google. Bahkan, jika reputasi blog anda baik, anda akan mudah menjana pendapatan melalui blog. Sebelum mula, admin harap anda tahu apakah itu SEO. Jika tidak, sila ke SINI untuk mengetahuinya.

1. Post Yang Relevan.

Memang benar. Google sebenarnya mementingkan relevan blog anda. Jika tajuk blog anda pasal "Kesihatan", kenapa pula post tiba-tiba pasal "cara buat duit". Bukankah ia terlalu pelik?

Ia juga untuk SEO dan kualiti visitors blog anda. Jika post anda macam yang admin nyatakan di atas, rasanya berapa lama sahaja pelawat mengunjungi blog anda? Mungkin kurang daripada seminit. Jadi, kalau ramai lawat blog anda dan semuanya meluangkan masa beberapa saat sahaja, ia boleh menjejaskan kedudukan blog anda di SERP.

2. Kualiti Post Anda.

Post anda hendaklah asli dan tidak copy-paste dari blog lain. Post copy-paste tidak akan mendapat kedudukan yang baik di SERP. Ingat, Google dan enjin pencari yang lain boleh tahu jika post anda copy-paste.

Selain itu, post anda juga hendaklah berguna. Jangan jadi macam beberapa ahli politik kebelakangan ini. Orang tanya lain, dia balas dengan ayat dan pidato yang panjang lebar namun masih tidak menjawab soalan. Begitu juga dalam blogging. Artikel hendaklah berkaitan dengan tajuk dan menjawab persoalan yang dimahukan pelawat. Hindari teknik di mana blogger meletakkan tajuk yang melampau-lampau untuk artikel yang biasa. (Memang biasa terjadi)

3. Keywords.

Blog anda hendaklah mengandungi kata kunci yang relevan. Misalnya post tentang "Iphone 7 Terbaru", maka keywords yang sesuai adalah "Iphone 7". Keywords adalah asas SEO dan penting untuk SERP. KLIK SINI untuk belajar cara letak keywords dalam blog.

4. Niche.

Harap anda sudah tahu apakah itu Niche. Jika tidak, Niche adalah maklumat spesifik khas dari blog anda. Lebih kurang macam tema lah. Jika blog anda adalah blog masakan, maka post-post dalam blog anda hendaklah berkaitan masakan seperti "resepi sup lubang hidung kuda".

5. Backlinks.

Backlink itu penting untuk blog anda agar mendapat kedudukan yang disasarkan di SERP di samping merupakan antara asas SEO yang harus diketahui semua bloggers. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang backlinks, sila ke SINI.

6. Internal Link.

Internal link atau link dalaman adalah link-link dalam satu post di blog anda yang akan membawa ke post lain di blog anda yang sama. Internal link bukan sahaja boleh meningkatkan pageviews, malah juga memudahkan pembaca dan anda sendiri. Contohnya macam di atas pasal backlinks, admin tak payah susah-susah terangkan semula apa itu backlinks. Admin hanya perlu meletakkan link ke post admin pasal backlink. Pembaca juga tidak perlu mencari lagi di Google. Hanya klik link dan siap.

7. Ping.

Ping blog adalah perbuatan di mana anda memberitahu enjin pencari blog anda sudah dikemas kini. Antara laman ping terbaik yang admin sarankan adalah googleping.com .

8. Submit Url ke Enjin Pencari.

Setiap kali anda menerbitkan post baru, anda hendaklah submit url post tersebut di google webmaster tool supaya lebih cepat terindeks di Google. Caranya mudah, hanya perlu ke link INI dan masukkan url post baru anda. Sahkan yang anda bukan robot dan siap!

9. Promosi.

Anda hendaklah bijak mempromosikan blog anda. Mempromosikan blog itu penting untuk SEO dan untuk menambah visitors. Promosi lah blog anda di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. KLIK SINI untuk mengetahui cara mempromosikan blog atau laman web.

10. Nofollow dan Dofollow Link.

Ketahui dulu maksudnya di SINI. Kemudian, jika sudah faham, gunakan link dofollow dalam blog anda jika link tersebut membawa ke post di blog yang sama. Gunakan pula link Nofollow untuk ke post di blog luar melainkan anda melakukannya dengan sengaja untuk membantu blogger lain. Untuk pengguna blogspot, anda akan diberikan pilihan untuk meletakkan tag nofollow di setiap link dalam post anda seperti screenshot di bawah.

Harap semua faham teknik-teknik asas SEO. Ingat, setiap blogger harus tahu apa itu SEO dan kepentingannya dalam SERP dan untuk meningkatkan pelawat blog.

No comments:

Post a Comment