klik untuk sumber gambar |
Cara Meletakkan Keywords Dalam Post / Post.
Untuk meletakkan keywords dalam artikel, cukup mudah. Pertama sekali, anda kenalah tentukan tajuk artikel. Dalam tajuk post, anda sepatutnya sudah ada keywords utama. Misalnya anda buat artikel tentang "Cara Menghilangkan Jerawat dan Jeragat", maka keywords utama anda adalah subjek utama iaitu "jerawat" dan "jeragat".
Namun, itu bukan satu-satunya keywords yang harus anda tumpukan sepenuhnya kerana anda masih memerlukan keywords kedua untuk menyokong keywords utama agar relevan dengan tajuk post dan memudahkan pengguna menemui apa yang dicari di google. Misalnya, seseorang mencari "cara menghilangkan jerawat dan jeragat", maka anda sebagai blogger harus menumpukan keywords kedua iaitu "menghilangkan". Ini juga supaya post anda muncul di SERP melalui kata kunci yang relevan di carian google.
Google juga mengambil kira perkataan seerti dengan keywords anda. Misalnya anda menggunakan keyword "menghilangkan", maka anda juga kena meletakkan keywords seerti dengannya seperti "hilang". Atau, anda menggunakan keyword "pengertian", maka anda boleh meletakkan keyword yang seerti dengannya seperti "maksud".
Selain itu, anda juga boleh meletakkan keywords di permalink post anda. Permalink adalah link kekal untuk post dalam blog anda. Anda boleh menetapkan permalink post anda dan meletakkan keywords utama. Misalnya tajuk post anda adalah "cara menghilangkan jerawat dan jeragat", anda boleh menetapkan permalink post anda dengan meletakkan kata kunci utama dan kedua seperti "cara-hilang-jerawat-jeragat". Mudah bukan?
Untuk pengguna blogspot, anda sudah disediakan pilihan untuk menetapkan permalink post anda. Cari sahaja "permalink" di side bar sebelah kiri ketika anda sedang menulis atau mengedit post anda.
Berapa Banyak Keywords Yang Harus Diletakkan Dalam Post?
Melalui apa yang admin kaji melalui carian Google, paling sesuai adalah 5% sahaja. Bermakna, jika post anda mempunyai seribu perkataan, hanya 50 sahaja keywords utama yang patut anda letakkan di dalam post.
Kenapa Tidak Boleh Letak Keywords Terlalu Banyak?
Kerana enjin pencari akan menganggap anda menggunakan teknik Black Hat SEO. Meletakkan keywords terlalu banyak akan membuatkan enjin pencari menyangka post anda adalah SPAM. Anda juga sangat tidak digalakkan meletakkan keywords tersembunyi atau keywords yang berwarna sama dengan background sehingga tidak boleh dilihat. Walaupun anda tiada niat untuk menggunakan Black Hat SEO, namun risiko dikenakan penalti oleh enjin pencari itu tetap ada memandangkan enjin pencari seperti Google sudah menganggap keywords tersembunyi atau halimunan sebagai Black Hat.
Di Manakah Kedudukan Keywords Terbaik?
Sudah tentu di bahagian atas dan bawah post anda. Namun, anda masih perlu meletakkan keywords di bahagian tengah post anda.
Apakah Tips Daripada Admin?
Tips admin, adalah tidak perlu fikir panjang pasal kedudukan keywords. Anda hanya perlu menaip secara spontan sahaja dahulu dengan ayat yang kemas dan teratur. Bila sudah siap, barulah anda meletakkan keywords jika perlu atau belum cukup.
Sekian daripada admin. Harap post ini membantu anda dalam meletakkan keywords dalam blog.
No comments:
Post a Comment