klik untuk sumber gambar |
Banyak cara untuk blogger menjana pendapatan atau mungkin anda biasa dengan ayat, buat duit dengan blog. Sebelum anda bermula, admin ingin ingatkan menghasilkan wang melalui blog mungkin mengambil masa yang agak lama apatah lagi jika umur blog anda baru setahun jagung. Admin sarankan anda untuk cuba meningkatkan jumlah pelawat blog anda dahulu. Silakan baca post admin tentang Teknik Asas SEO, Cara Mempromosikan Blog dan Cara Menambah Visitors Blog.
Sekarang, kita teruskan dengan cara membuat duit dengan blog. Untuk membuat duit dengan blog, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan misalnya meletakkan iklan, dropship, affiliate marketing dan pelbagai cara lagi. Teruskan membaca untuk menimba pengetahuan ini.
Cara menjana pendapatan dengan blog yang pertama, ialah...
1. Affiliate Marketing.
Apa Itu Affiliate Marketing?
Okay, maksud Affiliate Marketing dari segi bahasa, boleh dicari sendiri di Google. Dari segi istilah, maksud Affiliate Marketing adalah kerjasama antara anda dengan sesuatu pengeluar produk di mana anda bertugas sebagai tukang promosi.
Bagaimana Cara Affiliate Marketing Berfungsi/Bekerja?
Seperti yang dinyatakan di atas, anda adalah tukang promosi sesuatu produk daripada sesuatu pengeluar. Tugas anda adalah, mempromosikan produk mereka di blog atau laman web anda. Jika ada seseorang membeli, anda akan mendapat komisyen kerana telah mempromosikannya. Melalui komisyen itulah anda menjana pendapatan.
Mengapa admin beritahu yang ini dahulu? Kerana cara ini dikatakan antara cara termudah untuk blogger mendapat duit walaupun dengan trafik blog yang tidak seberapa. Sudah tentu, bukan dalam angka yang besar jika trafik sederhana.
Salah satu laman web untuk anda mencari Affiliate Marketing adalah Clickbank.
2. Iklan.
Iklan dalam blog atau laman web adalah cara paling biasa dan banyak dilakukan oleh para blogger untuk menghasilkan pendapatan. Tetapi, ada yang salah guna potensi cara ini dengan meletakkan iklan yang berlebihan di dalam blog. Meletakkan iklan berlebihan dalam blog mungkin boleh membantu anda untuk menghasilkan duit yang banyak. Tetapi ingat, ia juga boleh mengurangkan kualiti blog anda kerana menyebabkan blog anda lambat loading dan boleh dianggap blog scam oleh pengunjung walaupun sebaliknya. Saranan admin, letakkan iklan maksimum dua sahaja.
Bagaimana Iklan Blog Boleh Menjana Pendapatan?
Ia juga bersifat agak sama dengan Affiliate Marketing. Anda hanya meletakkan ruang iklan di blog anda, dan sesuatu syarikat akan menggunakan ruang itu untuk meletakkan iklan mereka. Jika iklan mereka mendapat unique visitor, atau klik, anda akan dibayar. Satu klik, mungkin bernilai 0.2 sen, sama ada dalam dollar atau ringgit.
Ada juga yang mengira melalui jumlah pelawat ke blog anda ketika iklan itu disiarkan. Maksudnya, mereka membayar anda melalui jumlah unique visitors ke blog anda semasa iklan itu disiarkan sahaja. Mereka tidak mengira jumlah visitors ke blog anda semasa iklan itu tidak disiarkan.
Anda boleh mendapatkan iklan dari pelbagai third-party seperti Google Adsense, Nuffnang, Komli, Innity dan lain-lain. Untuk yang ingin mencuba, admin cadangkan gunakan Nuffnang dahulu. Lagi satu, jangan suka klik iklan sendiri untuk mengelakkan sebarang masalah.
3. Url Yang Dipendekkan / Shorten Url.
Pernahkah anda memendekkan url yang panjang? Jika pernah, bermakna anda akan lebih memahami cara dan bagaimana url boleh membantu untuk menghasilkan wang.
Cara Menjana Pendapatan Dengan Url.
Mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar laman shorten url seperti shorte.st, adfly, linkshrink dan lynk.my. Kemudian, jika anda ada url yang perlu diletakka di dalam blog, gunakan laman web mereka untuk memendekkan url itu (walaupun url anda sudah pendek). Letakkan url baru anda di dalam blog sama ada meletakkan ia begitu sahaja, atau menjadikannya link di perkataan-perkataan tertentu. Pastikan ia boleh diklik!
Apa Yang Akan Terjadi Jika Ada Orang Klik?
Sebelum mereka dibawa ke laman sebenar url/link itu, mereka akan dibawa ke sebuah laman iklan di mana mereka terpaksa tunggu beberapa saat sebelum boleh skip dan menuju ke laman sebenar daripada url asal.
Satu klik mungkin bernilai 0.003 dollar atau lebih. Jadi, jelas sekali ia belum tentu boleh menjadikan anda kaya.
Kelebihan dan Kekurangan.
Kelebihan, ia bukan sahaja boleh dilakukan di dalam blog. Tetapi anda juga boleh menjana wang melalui url dengan menyebarkannya di laman sosial yang lain seperti Twitter, Facebook dan sebagainya. Malah, whatsapp juga boleh. Namun, laman dari url asal anda mungkin kurang pengunjung kerana orang yang klik malas menunggu dan seterusnya tutup tab.
4. Promosi Artikel Lain.
Yang ini, ia ibarat satu kombinasi dengan iklan dan sebar link seperti di atas. Dikatakan ini adalah antara cara termudah untuk menjana pendapatan blog berbanding meletakkan iklan.
Anda boleh menggunakan medium seperti 8share. Dengan 8share, anda boleh pilih mana-mana link yang disediakan yang akan membawa ke artikel-artikel di laman web mereka. Jika artikel dari link yang anda pilih mendapat satu unique visitor dari tempat tertentu, anda akan mendapat komisyen bernilai RM0.2 sen. Ramai blogger yang lebih suka menggunakan kaedah ini untuk membuat duit dari blog.
Alternatif lain bagi 8share, adalah churpchurp (sebahagian dari Nuffnang).
5. Bisnes.
Jika blog anda mendapat ramai trafik yang banyak dan konsisten, ia adalah peluang anda untuk menghasilkan duit dengan berniaga melalui blog. Ramai yang menjana ribuan ringgit hanya dengan menjual makanan dan pakaian yang dipromosikan di blog mereka.
Untuk meningkatkan kebarangkalian orang yang mahu membeli, pastikan produk yang anda ingin jual berkaitan dengan niche blog anda. Jangan lupa tetapkan masa dan tingkatkan disiplin untuk melayan pembeli.
6. Dropship.
Dropship juga adalah termasuk dalam kategori bisnes. Bezanya, anda tidak perlu menyimpan stok. Anda boleh menggunakan blog anda untuk dropship selain daripada laman sosial yang lain. Antara laman web untuk anda melakukan dropship adalah handbagwholesale.my dan digitalzone2u.com
7. Referral.
Ia juga hampir sama dengan MLM. Bezanya, ia adalah sah dan tidak menipu dan berpijak di bumi yang nyata. Mengapa admin cakap begitu? Sebab tiada siapa boleh jadi kaya dengan referral.
Apa Itu Referral?
Referral adalah dimana anda menyebarkan link daftar untuk laman-laman web buat duit online tertentu seperti clixsense, surveysavvy, cashcrate dan sebagainya. Jika mereka daftar akaun untuk laman web buat duit online yang anda kongsikan, anda akan menerima komisyen setiap kali mereka berjaya menjana pendapatan di laman web tersebut.
Referral tidak boleh menjadikan anda kaya namun jika banyak referral, pendapatan mungkin lumayan. Namun, untuk penduduk Asia, mungkin sukar untuk menjana pendapatan dengan referral kerana laman web buat duit online yang menyediakan referral tidak berpotensi untuk menjana pendapatan kepada penduduk Asia kecuali jika anda tinggal di benua Amerika Utara. Bermakna, jika referral anda mendapat duit yang sedikit, maka komisyen anda juga sedikit.
Cara Buat Duit Blog Dengan Referral.
Kongsikan link referral anda di blog atau laman-laman sosial tertentu. Untuk menjana lebih banyak pendapatan daripada referral, usahakan mendapatkan referral daripada penduduk barat. Maksudnya, jika boleh, blog anda kena menerima banyak trafik dari negara barat di samping berbahasa Inggeris.
Cukuplah daripada admin. Jika anda rasa ini membantu dan berbaloi dikongsikan, silakan kongsi di Facebook. Untuk memudahkan anda, klik sahaja LINK INI.
No comments:
Post a Comment