Maksud Link Building dan Kepentingannya

maksud-link-building
Link building adalah perkara asas dan umum untuk diketahui para blogger akan maksudnya. Apa itu maksud dan fungsi link building sangat apatah lagi mereka yang ingin meningkatkan kualiti blog atau post dari segi SEO. Ini juga bermakna, link building begitu penting untuk menarik trafik ke blog anda.

Apa Itu Link Building?

Link building bermaksud pembinaan link atau membina link. Ini juga bermakna, link building adalah seperti satu tindakan anda meletakkan link-link ke blog atau sesuatu post dalam blog anda sama ada dalam blog anda sendiri, atau pun di luar blog anda.

Fungsi Link Building.

Link building mempunyai pelbagai fungsi atau tujuan. Namun, dua fungsi umum adalah untuk memantapkan lagi kualiti SEO dan menarik lebih banyak trafik ke blog.

Link Building Untuk SEO.

Link building adalah antara asas SEO. Semakin banyak orang yang klik link luar blog anda, maka semakin bertambah lah kualiti SEO post dan blog anda. Ini kerana, enjin pencari seperti Google juga mengambil kira jumlah lawatan melalui link untuk menentukan kedudukan post anda di SERP. Tetapi, link anda hendaklah bersifat dofollow. Link bersifat nofollow hanya akan diabaikan oleh enjin pencari.

Link Building Untuk Trafik.

Link building juga secara teknikalnya bertujuan untuk meningkatkan trafik kerana menyebarkan link yang menuju ke blog anda bermaksud hampir seperti mempromosikan blog di laman-laman web yang lain. Selain itu,  link building juga untuk meningkatkan SEO seperti yang dibahaskan di atas. Ini bermakna, ia juga boleh mendapatkan trafik secara organik jika SEO post dan blog anda sangat baik sehingga berada di kedudukan yang baik di SERP.

Apa Akan Terjadi Jika Tiada Link Building?

Seperti yang dinyatakan, link building adalah antara asas SEO. Jika sesuatu blog tiada link building, maka blog anda mempunyai kualiti SEO yang tidak cukup baik dan kurang mampu untuk bersaing dengan blogger lain. Bermakna, blog anda juga kurang mendapat trafik dan tidak dapat menjana pendapatan dengan blog.

Bagaimanakah Melakukan Link Building?

Mudah. Jika anda baca dan fahami post ini dari permulaan, link building hanyalah menyebarkan link ke blog anda samada dari dalam atau luar blog. Untuk melakukan link building, pergilah ke laman-laman sosial atau memberikan komen di blog orang lain atau forum dan meletakkan link anda. Atau, anda juga boleh melakukan link building dari dalam blog anda dengan meletakkan link ke post lain di post blog anda yang lain.

Itulah penjelasan daripada admin tentang maksud dan fungsi link building. Untuk pengetahuan para pembaca, link building juga berkongsi pengertian yang sama dengan backlink. Silakan klik sini untuk kongsi post ini di Facebook.

No comments:

Post a Comment