Apa Itu Pengertian dan Perbezaan White Hat dan Black Hat SEO

white-black-hat-seo
SEO adalah asas yang perlu diketahui oleh semua bloggers. Namun, apabila kita mengkaji lebih lanjut tentang SEO, kita mendapati terdapat dua jenis SEO yang utama, iaitu Black Hat dan White Hat. Kemudian, terlintas di fikiran kita, apakah maksud dan perbezaan Black Hat dan White Hat SEO?

White Hat SEO bermaksud :

Teknik SEO yang betul dan tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Google dan enjin pencari yang lain. White Hat SEO melibatkan teknik-teknik asas SEO seperti keywords yang betul, backlinks dan sebagainya. Dengan kaedah ini, blog atau laman web kita boleh terselamat daripada di'banned' Google dan boleh meningkatkan page rank di SERP jika sabar dan bersungguh-sungguh.

Black Hat SEO bermaksud :

Berbeza dengan White Hat SEO, Black Hat SEO adalah teknik SEO yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh enjin pencari. Misalnya meletakkan kata kunci yang terlalu banyak dengan sengaja, spam link blog di laman sosial dan sebagainya. Black Hat SEO mungkin menjanjikan anda keuntungan dalam menjana pendapatan dengan blog namun bukan selamanya. Lebih baik, jika guna teknik White Hat SEO.

Apakah Teknik Black Hat SEO?

Banyak sebenarnya teknik Black Hat SEO yang anda boleh cari sendiri di Google. Di sini, admin akan dedahkan teknik Black Hat yang sering digunakan di kalangan kita iaitu :

1. Iklan Palsu.

Maksudnya, meletakkan iklan atau link yang akan membawa ke halaman yang berbeza. Misalnya, iklan berunsur lucah, namun bila kita klik akan membawa ke halaman yang jauh bezanya seperti kasino online dan lain-lain.

2. Meletakkan Kata Kunci Yang Terlebih Banyak Dengan Sengaja dan Terlindung.


Di mana seseorang blogger yang menggunakan teknik Black Hat SEO sengaja meletakkan kata kunci yang terlalu banyak di laman web atau blog. Contohnya, kata kunci yang dipilih adalah "Gadis Comel blablabla", maka dia akan meletakkan kata kunci "gadis comel" dan yang berkaitan dengannya dengan teramat banyak di laman web atau blog. Ini supaya lebih cepat terindeks oleh Google.

Namun, mereka tidak mendedahkan kata kunci tersebut. Jadi mereka menyembunyikannya dengan cara mewarnakannya dengan warna yang sama dengan background blog atau laman web.

Ingat, hindari kaedah ini kerana walaupun mungkin ia akan terindeks lebih cepat, namun mungkin dalam beberapa jam sahaja. Google sudah semakin maju dengan adanya algoritma Google Penguin yang dirasmikan pada tahun 2012. Oleh itu, hindarilah Black Hat SEO sebaik mungkin.

3. SPAM.

Hindari kaedah di bawah...

white-black-hat-seo
Nampak? SPAM ini bukan sahaja menyusahkan diri namun menyusahkan orang lain apabila secara tidak sengaja menjadi mangsa penyebaran SPAM akibat virus.

4. AutoSurf.

Bermaksud di mana seseorang menggunakan tool yang boleh menarik pengunjung secara automatik. Mereka akan mengunjungi sesuatu blog atau laman web yang sudah didaftarkan di tool atau laman web Autosurf dan kemudian akan menerima poin. Poin tersebut ibarat 'mata wang'. Jadi dengan adanya poin, mereka boleh share blog atau laman web mereka dan menetapkan 'harga' poin untuk sekali view. Sekali view, mungkin orang yang view blog mereka dapat 5 poin. Bila poin habis, cari lagi.

Teknik ini sebenarnya dikira Black Hat. Malah, ia boleh menjejaskan blog anda. Dulu, mungkin benar boleh meningkatkan page rank di Google namun dengan adanya update dalam algoritma Google, Google dapat mengetahui jika anda menggunakan autosurf.

Sebab kenapa ia boleh menjejaskan blog anda ialah visitors blog anda tidak berkualiti kerana dilakukan secara automatik. Selain itu, visitors juga hanya mengambil masa paling lama seminit untuk view blog anda sebelum beralih ke blog lain. Bayangkan, seribu visitors namun semua view selama seminit. Google dapat mengesan perkara seperti itu dan sekaligus merosakkan kedudukan blog anda dalam SERP.

Kesimpulannya...

Hindari Black Hat SEO dan gunakan teknik White Hat SEO. Mungkin mengambil masa yang lama namun sangat berbaloi. Harap anda semua faham apakah itu maksud dan perbezaan White Hat dan Black Hat SEO.

No comments:

Post a Comment