Maksud dan Perbezaan Link Dofollow dan Nofollow

dofollow-nofollow
klik untuk sumber gambar
Jika anda membaca artikel tentang pengertian Backlinks, admin ada sebut tentang backlinks nofollow dan dofollow. Mungkin anda tertanya-tanya apakah pengertian Nofollow dan Dofollow. Untuk memudahkan anda, admin memutuskan untuk membuat artikel tentangnya secara ringkas.

Apakah Itu Link Dofollow?

Link Dofollow adalah link yang akan diperiksa, dan diambil kira oleh Google dan enjin pencari yang lain. Memandangkan Google mengambil kira dan memeriksa link Dofollow, maka ia penting untuk SEO dan backlinks. Semakin banyak orang klik backlinks anda, maka semakin cerah peluang post anda untuk berada di kedudukan yang baik di SERP.

Apakah Pula Link Nofollow?

Link Nofollow adalah lawan daripada Dofollow. Bererti link yang bersifat Nofollow tidak diendahkan oleh enjin pencari. Link Nofollow memang boleh meningkatkan trafik namun belum tentu meningkatkan kedudukan artikel blog anda di SERP. Namun, ada sebab mengapa wujudnya link Nofollow dan ia sendiri untuk kebaikan blog anda.

Apakah Kelebihan dan Kekurangan Link Dofollow?

Kelebihan link Dofollow adalah ia bagus sebagai backlink dan berpotensi meningkatkan kedudukan blog anda di SERP. Selain itu, dengan link Dofollow, page rank blog anda berpotensi untuk meningkatkan di samping boleh memberi impak yang baik dalam SEO. Sebab itulah, ramai yang lebih suka menggunakan link Dofollow berbanding Nofollow.

Namun, dalam masa yang sama, link Dofollow juga boleh menjejaskan SEO dan Niche blog anda. Misalnya, blog anda tentang masakan, dan anda diminta review sesuatu produk yang selain daripada masakan seperti elektronik, bukankah ia sedikit menjejaskan niche?

Selain itu, jika blog anda tiada link Nofollow, spammers tidak akan takut untuk komen spam blog anda. Enjin pencari seperti Google sangat tidak sukakan spam. Jika Google dapat tahu blog anda banyak komen Spam, maka kemungkinan besar blog anda kena penalti daripada Google dan merosakkan SEO serta kedudukan di SERP.

Namun, walaupun tanpa Spam, reputasi anda di SERP boleh merosot jika terlalu banyak link Dofollow ke blog atau laman web lain. Admin sendiri tidak mampu menafikan fakta ini kerana mempunyai pengalaman. Dulu, admin ada blog dengan SEO yang admin rasa bagus. Namun, akibat terlalu banyak link Dofollow ke laman web lain, akhirnya reputasi blog admin di SERP merosot sedangkan artikel admin berkualiti. Padahal, link-link tersebut hanya link sumber gambar.

Kelebihan dan Kekurangan Link Nofollow?

Kekurangan link Nofollow adalah adalah kurang membantu dalam SEO dan SERP. Walaupun ramai yang klik link post anda di laman web lain, belum tentu ia akan berada di kedudukan yang baik dalam SERP memandangkan ia tidak dipedulikan enjin pencari.

Namun, seperti yang admin nyatakan, ada sebab mengapa Nofollow wujud. Seperti yang mungkin anda fikirkan, link Nofollow lebih selamat daripada spammers. Apabila Spammers dapat tahu blog anda terdapat link Nofollow, spammers berkemungkinan besar tidak menjadikan blog atau laman web anda sebagai sasaran.

Selain itu, jika link ke laman web lain diletakkan dalam Nofollow, maka anda tidak perlu khuatir tentang SEO dan SERP.

No comments:

Post a Comment