klik untuk sumber gambar. |
Apa Itu Pengertian Trafik Organik?
Trafik organik bermaksud trafik atau visitors daripada enjin pencari seperti Google melalui carian menggunakan kata kunci tertentu. Contohnya, jika seseorang melakukan carian di Google menggunakan kata kunci tertentu, kemudian dia terjumpa blog anda di SERP atau di hasil carian lalu melawatnya, maka orang itu dianggap salah-satu visitor atau trafik organik ke blog anda.
Trafik organik hendaklah daripada carian enjin pencari sahaja samada Google, Bing, Yahoo dan lain-lain. Jika bukan dari carian Google (atau lain-lain), misalnya dari link blog anda yang anda letakkan di ruang komen blog orang lain semasa blogwalking, itu tidak dikira sebagai trafik organik.
Sekali lagi, secara ringkasan, trafik organik ialah trafik daripada hasil carian Google atau enjin pencari yang lain seperti Yahoo dan sebagainya.
Cara Mendapatkan Trafik Organik.
Untuk mendapatkan trafik organik bukanlah mudah bagi blogger baru. Anda kena mengambil kira juga jumlah penggunaan kata kunci tertentu, saingan SEO, teknik keyword dan lain-lain. Untuk mendapatkan trafik organik, pertama sekali anda kenalah...
1. Melakukan Kajian Keyword atau Kata-Kunci.
Anda kenalah melakukan dulu kajian kata kunci yang sesuai sebagai tajuk dan topik utama post yang bakal anda terbitkan di blog anda. Untuk melakukan kajian, anda boleh menggunakan Google Keyword Planner. Tetapi, bagi pengguna akaun Gmail yang belum berumur 18 tahun, malang sekali anda tidak dapat menggunakan tool ini.
Usah bimbang, banyak lagi cara. Salah-satunya ialah dengan menggunakan Google Search. Taip sahaja apa-apa perkataan yang anda pilih di ruang search Google. Google akan rekomen beberapa kata-kunci yang dianggap sesuai. Sila lihat contoh di bawah...
Nampak? Jika anda sudah pilih atau tetapkan kata-kunci yang anda mahu, cari dulu kata-kunci itu di Google. Perhatikan berapa banyak post atau artikel yang menggunakan kata-kunci itu. Semakin banyak penggunaannya, maka semakin besarlah saingan SEO. Bererti, semakin sukarlah untuk anda mendapat trafik organik.
2. Menulis Post / Artikel Menggunakan Idea dan Ayat Sendiri.
Maksudnya, hindari copy paste. Gunakan juga kata-kunci yang anda pilih itu di dalam post anda. Kemudian, pelbagaikan penggunaan kata-kunci. Misalnya salah-satu perkataan daripada kata-kunci anda ialah "keputusan", maka anda boleh mempelbagaikan lagi perkataan itu menjadi seperti "diputuskan", "hasil", "memutuskan" dan sebagainya.
3. Meletakkan Search Description.
Search description adalah deskripsi tentang isi blog anda jika muncul di enjin pencari. Perhatikan screenshot di bawah...
Nampak? Dalam garisan merah itulah contoh search description. Untuk pengguna blogger/blogspot, perhatikan screenshot di bawah untuk mengetahui tempat untuk menulis search description...
Pastikan anda sentiasa meletakkan seacrh description di setiap post di blog anda. Terutama sekali jika anda mahukan trafik organik.
4. Sumbit Url Post Baru ke Google Webmaster Tool.
Klik sahaja perkataan "Google Webmaster Tool" di atas untuk terus ke halaman Google Webmaster. Di situ, anda hanya perlu submit url post baru anda lalu anda akan diminta untuk check captcha. Setelah itu, klik submit dan selesai. Yang lain, terserah kepada Google untuk mengurusnya.
Jika anda lakukan ini, post baru anda akan lebih cepat terindeks di hasil carian Google. Jadi, pastikan anda sentiasa submit url post baru anda ke Google Webmaster Tool melainkan anda tidak berkeinginan langsung untuk mendapat trafik organik.
5. Backlink.
Sudah tentu, orang yang klik link tidak dianggap trafik organik namun jika link anda adalah dofollow, maka enjin pencari akan menganggap konten link anda mungkin penting sekaligus meningkatkan kedudukannya di enjin pencari. Oleh itu, rajin-rajinkan diri menyebar backlink atau melakukan link building seperti blogwalking atau mempromosikannya di laman web lain.
Harap para pembaca sudah mengerti maksud trafik organik dan cara mendapatkan trafik organik. Silakan klik di sini untuk kongsi post ini di Facebook sekiranya bermanfaat.
Terima kasih atas perkongsiannya.. Saya akan cuba tips2 menarik ni.. :)
ReplyDeletesama-sama. silakan guna setiap tips yang ada di blog ini.
Delete