Maksud dan Perbezaan SEO On-Page dan SEO Off-Page

pengertian-maksud-seo-onpage-offpage
Mungkin pembaca sudah tahu, apa itu erti SEO. Tetapi, mungkin pembaca belum cukup memahami apa itu maksud SEO On-Page dan SEO Off-Page. Sebelum anda mempelajari teknik asas SEO, lebih baik jika pembaca ketahui dulu perbezaan SEO On-Page dan SEO Off-Page.

SEO On-Page.

Apa Itu Erti SEO On-Page?

SEO On-Page adalah teknik atau langkah SEO yang anda lakukan di dalam blog atau post anda. Misalnya seperti meletakkan keywords, backlink, Internal link, menjadikan beberapa link tertentu dalam post blog kepada no-follow atau do-follow dan sebagainya. Kata kunci di sini ialah "di dalam blog".

Kepentingan SEO On-Page.

SEO On-Page juga ada kepentingannya iaitu supaya kualiti SEO dalam blog anda meningkat dan baik serta memudahkan enjin pencari seperti Google untuk mencari blog atau post dalam blog anda jika seseorang mencari maklumat yang berkaitan dengannya. Samalah juga agar blog anda berada di kedudukan yang baik di SERP.

Teknik SEO On-Page.

Banyak teknik mudah SEO On-Page yang anda boleh lakukan. Antaranya ialah...

1. Keywords atau Kata Kunci.

Keywords sebenarnya termasuk dalam teknik asas SEO. Malah, mungkin antara yang paling asas supaya blog anda berada di kedudukan yang baik di SERP. Selain itu, ia juga berfungsi untuk membantu enjin pencari mencari maklumat yang relevan jika seseorang mencari sesuatu di enjin pencari seperti Google.

Cara mudah untuk meletakkan keyword dalam blog, adalah dengan memasang alt tag dan text tag pada gambar dalam post blog anda, meletakkan kata kunci pada link, tajuk, dan menggunakan perkataan yang seerti atau hampir seerti dengan keyword blog anda. Misalnya keyword anda adalah "pengertian SEO", anda juga boleh menggunakan perkataan seerti seperti "maksud SEO", "erti SEO" dan lain-lain.

2. Internal Backlink.

Silakan baca post admin pasal backlink atau link building jika anda belum faham maksudnya supaya anda tidak keliru atau tersalah fakta.

Internal backlink adalah backlink yang diletakkan di dalam blog anda seperti meletakkan link ke post A di post B. Internal backlink tidak dapat meningkatkan unique visitor atau pelawat unik ke blog anda namun berupaya meningkatkan jumlah pageviews di blog anda.

Baca juga post admin pasal maksud dan perbezaan pageviews, visitor dan unique visitor supaya anda mengerti maksud admin.

3. Menjadikan Link Dalam Post Blog Dofollow atau Nofollow.

Admin akan mengandaikan anda sudah memahami maksud dan perbezaan Nofollow dan Dofollow.

Link Dofollow sebenarnya boleh menjadikan sesuatu post dalam blog anda berada di kedudukan yang baik di SERP kerana sifat link dofollow itu sendiri. Ini bermakna, semakin banyak jumlah klik Internal link (link dalam) ke post B di post A, maka semakin cerah lah peluang post B untuk berada di kedudukan yang baik di SERP. Sebab itulah anda tidak usah jadikan Internal link ke post lain di blog anda kepada nofollow.

Manakala link nofollow pula lebih sesuai untuk link nofollow. Jika blog anda mempunyai banyak external link (link ke luar blog), enjin pencari menjadi kurang berminat dengan blog anda. Lebih teruk lagi jika external link itu membawa ke post blog atau laman web lain yang membicarakan hal sama dan menggunakan kata kunci yang sama. Berkemungkinan besar enjin pencari akan menganggap post blog anda kurang berguna berbanding dengan kandungan daripada external link itu.

Sebab itulah jika anda meletakkan link luar, adalah lebih baik jika anda menjadikannya nofollow. Link nofollow akan membuatkan enjin pencari tidak mengambil peduli tentang link itu.

SEO Off-Page.


Apa Itu Maksud SEO Off-Page?

SEO Off-Page adalah teknik atau langkah SEO yang dilakukan di luar blog anda seperti mempromosikannya di laman sosial, meletakkan external backlink di luar blog, atau blogwalking di blog lain. Kata kunci di sini ialah "luar blog".

Kepentingan SEO Off-Page.

Sudah tentu untuk meningkatkan trafik blog dengan mempromosikannya di luar blog. Ia juga supaya link ke sesuatu post blog anda mendapat banyak klik dan pelawat di samping memberi signal kepada enjin pencari. SEO Off-Page adalah termasuk dalam pengetahuan asas yang harus diketahui dan difahami terutama kepada blogger pemula yang ingin mendapatkan trafik tidak organik.

Teknik SEO Off-Page.

Teknik SEO Off-Page agak mudah jika anda berdisiplin dan rajin. Antara teknik SEO Off-Page ialah...

1. Mempromosikan Blog di Laman Sosial.

Rasanya hampir semua daripada anda mempunyai akaun Facebook, Twitter dan laman sosial yang lain. Walaupun setiap external link di Facebook ditetapkan menjadi nofollow, namun anda masih boleh mendapatkan trafik daripada Facebook. Silakan baca cara mempromosikan blog di Facebook dan cara menarik trafik daripada Facebook.

2. Memperbanyakkan External Backlink.

External backlink adalah backlink blog anda yang diletakkan di luar blog. Banyak cara dan tempat anda boleh meletakkan backlink blog anda seperti post atau memberi komen di laman forum, sering blogwalking di blog lain tanpa menyinggung pemilik blog, atau menggunakan laman aggregator seperti babab.net.

Tapi ingat, jangan sesekali guna kaedah spam.

3. Blogwalking.

Blogwalking adalah perbuatan di mana anda mempromosikan blog anda di blog lain dengan memberi komen yang mengandungi link ke blog anda. Sebahagian blogger sengaja menetapkan sebarang link di ruang komen menjadi nofollow walaupun anda sudah set menjadi dofollow. Ramai juga yang menetapkan sebarang komen di blog mereka harus diberi pengesahan dahulu sebelum muncul.

Namun, ada juga sengaja memberi peluang blogwalking di blog mereka. Jika anda ada terjumpa, ambil kesempatan itu untuk mempromosikan blog anda di blog mereka. Gunakan bahasa yang sopan dan tunjukkan perwatakan yang ramah. Baca dulu post mereka sebelum komen supaya masa dan tenaga mereka berbaloi. Lebih senang jika anda sudah berkawan dengan pemilik blog tersebut.

Sudahkah anda faham maksud dan perbezaan SEO On-Page dan SEO Off-Page? Jika sudah, silakan kongsi post ini di Facebook jika anda sudi.


No comments:

Post a Comment