Perbezaan SEO dan SERP

beza-seo-serp
Tentu ada di kalangan bloggers pemula tertanya-tanya apakah itu perbezaan SEO dan SERP. Dalam post ini, anda akan mempelajari maksud SEO dan SERP dan mengetahui perbezaan kedua-dua istilah ini dalam dunia blogging.

Maksud SEO.

SEO adalah singkatan untuk Search Engine Optimisation (Optimization dalam English Amerika). Dalam bahasa Melayu adalah Pengoptimuman Enjin Pencari. Untuk lebih memahami maksudnya, anggap sahaja ia adalah perkara yang kita lakukan agar post dan blog atau website kita mendapat kedudukan yang kita inginkan di SERP. Untuk lebih memahami hal-hal berkaitan SEO, silakan ke halaman INI.

Maksud SERP.

SERP adalah singkatan untuk Search Engine Result Pages. Dalam bahasa Melayu adalah Halaman Hasil Enjin Pencari. Untuk memahami maksud SERP dengan lebih mudah, SERP adalah laman atau pages hasil carian. Contohnya, jika seseorang mencari sesuatu di enjin pencari seperti Google menggunakan kata kunci tertentu, dia akan dibawa ke sesuatu halaman yang menunjukkan pelbagai links yang berkaitan dengan kata kunci yang diletakkan. Untuk lebih mengetahui hal-hal berkaitan SERP, silakan ke SINI.

Daripada maksud SERP dan SEO sahaja kita sudah boleh tahu perbezaan keduanya. Jika anda ada baca post tentang Pengertian SERP, di situ sebenarnya sudah dijelaskan perbezaan antara SEO dan SERP.

Harap post ini membantu. Silakan baca post yang berkaitan tentang Teknik Asas SEO.

No comments:

Post a Comment