Perbezaan External Link dan Internal Link

perbezaan-internal-external-link
Dari namanya sahaja, anda sepatutnya sudah boleh tahu maksud dan perbezaan Internal Link dan External Link. Internal dan External link adalah asas yang perlu diketahui oleh semua orang yang dalam bidang berkaitan Internet sama ada blogger atau bukan blogger. Tetapi, mungkin ada blogger baru yang masih keliru atau tahu tapi kurang pasti perbezaan Internal dan External link. Oleh itu, anda kenalah baca maklumat ini.

Maksud dan perbezaan Internal dan External link penting untuk diketahui kerana berkaitan dengan Link Building dan Link Building penting untuk SEO dan meningkatkan trafik blog.

Internal Link.

Internal link bermaksud link dalaman. Secara istilah dalam blogging, Internal link adalah link yang diletakkan di dalam blog anda yang akan kembali ke blog yang sama. Maknanya, seperti link dari satu post, ke satu post yang lain dalam blog atau laman web yang sama.

Kepentingan Internal Link.

Selain daripada untuk meningkatkan pageview blog, Internal link bertujuan memudahkan pembaca dan blogger. Misalnya, jika anda menerbitkan post tentang "Teknik Asas SEO", dan di dalam post itu ada membahas tentang backlink, anda boleh menjadikan perkataan "backlink" sebagai link ke post lain yang membahas mengenai backlink. Dengan cara ini, anda tidak perlu membuang masa untuk menulis semula erti backlink dan pembaca tidak perlu mencari lagi maklumat berkaitan backlink di Google.

(KLIK SINI UNTUK KONGSIKAN POST INI DI FACEBOOK)

External Link.

External link adalah lawan kepada Internal link. External link adalah link ke blog anda daripada luar blog anda. Contohnya, link daripada laman sosial seperti Facebook yang akan membawa ke blog anda.

Kepentingan External Link.

External link boleh dianggap seperti mempromosikan blog anda di laman web yang lain. Ia juga berpotensi untuk meningkatkan kualiti SEO blog anda terutama jika link anda dalam bentuk dofollow. Sudah tentu, ia juga dapat menarik pelawat unik ke blog anda.

No comments:

Post a Comment