Cara Menarik Trafik Blog Daripada Facebook

cara mendapatkan trafik facebook
Facebook adalah antara laman web sosial yang boleh menarik trafik ke blog kita. Ramai blogger dan webmaster menggunakan Facebook sebagai sumber utama untuk mendapatkan pengunjung ke blog atau laman web mereka. Malah, Facebook juga bagus untuk menarik trafik ke blog anda jika anda ingin menarik trafik tanpa menggunakan sebarang teknik SEO.

Oleh itu, post ini berbaloi untuk anda luangkan beberapa minit untuk baca dan fahami. Untuk pengetahuan, teknik yang akan dikongsikan di sini sebahagian daripada teknik SEO Off-Page.

1. Menggunakan Fan Page Facebook.

Fan Page Facebook adalah tempat umum yang sering kali digunakan untuk mempromosikan sesuatu post dari blog atau laman web. Ambil contoh, laman web 9gag. Jika anda adalah antara likers page Facebook mereka, anda mungkin mendapati mereka sering mempromosikan post di laman web mereka melalui Facebook. Dengan jumlah likers mereka, maka banyaklah trafik daripada page Facebook ke laman web mereka.

Namun, page Facebook anda hendaklah mempunyai ramai likers untuk mendapatkan banyak trafik. Admin sarankan, anda banyakkan dulu likers page anda dengan promosi atau kerjasama dengan pemilik page yang sudah banyak likers. Atau, lebih mudah, anda gunakan sahaja Facebook Ads untuk mempromosikan post page Facebook anda.

Boleh juga menggunakan kaedah boost post. Jika anda memiliki page Facebook, anda mungkin perasan ada pilihan untuk boost post seperti screenshot di bawah..

cara menarik trafik facebook
gambar dan page bukan milik admin.

Untuk boost post, anda akan dikenakan bayaran. Begitu juga dengan Facebook Ads. Lagipun, boost post hanya membuatkan post anda muncul di newsfeed likers page anda (sahaja) lebih awal. Berbeza dengan Facebook ads, post promosi anda boleh muncul di akaun Facebook yang tidak like page anda.

2. Melalui Group Facebook.

Silakan bergabung dengan group-group blogger lain. Tetapi, anda mungkin mendapati ahli-ahli kurang berinteraksi sebaliknya hanya menggunakan group tersebut untuk mempromosikan post baru dari blog mereka. Anda mungkin boleh mendapatkan pengunjung dari group-group seperti itu namun bukan dalam angka yang besar. Lebih baik, jika anda menjadi ahli group Facebook yang sepadan dengan niche blog anda. Misalnya blog anda berkaitan hantu atau paranormal, bergabung sahaja di group pasal Cerita Hantu.

Sedikit peringatan, jika anda ingin mempromosikan blog anda di group Facebook, pastikan tidak selalu dan tidak menyinggung pemilik group. Jika pemilk group sudah melarang untuk post sebarang link, maka anda hendaklah menghormati peraturan itu.

Lebih mudah, jika anda sendiri buat group Facebook dan menjadi pemilik group. Anda boleh post sesuka hati kerana anda adalah bos.

3. Menyediakan Butang Share ke Facebook.

Untuk pengguna blogger/blogspot, anda sebenarnya sudah ada pilihan untuk share ke laman-laman sosial di bawah setiap post. Namun, anda mungkin tidak perasan kerana ia menggunakan warna yang kurang menarik. Admin sarankan, anda mencari widget share di Google dan letakkan code widget itu sendiri di blog anda. Kebanyakan widget share mengenakan bayaran atau harus mempunyai akaun laman web mereka. Jika anda enggan mengeluarkan wang seperti admin, gunakan cara di bawah iaitu.........

4. Link Share ke Facebook.

Cara ini adalah cara paling mudah untuk membuatkan post di blog anda dikongsikan ke Facebook. Anda boleh meletakkan text-link share di mana-mana di dalam post anda sama ada di bahagian atas, bawah atau tengah. Text pula terpulang anda. Anda boleh menaip, "klik sini untuk share" atau apa-apa sahaja yang menarik. Untuk menggunakan text-link share, ikuti langkah-langkah di bawah.

1. Copy link ini http://www.facebook.com/share.php?u=http://blogging-dan-seo.blogspot.com

2. Gantikan link blog admin dengan link anda.

3. (Optional) Tukarkan link tersebut menjadi text atau letakkan di mana-mana perkataan atau ayat di dalam post blog anda.

4. Letakkan link atau text-link tersebut di mana-mana bahagian di dalam blog anda.

5. Boleh juga jika anda letakkan link itu di sidebar blog anda.

Mudah bukan? Harap semua pembaca faham post ringkas yang admin taip. Untuk pengetahuan, post admin tentang Cara Mempromosikan Blog di Facebook sebenarnya ada berkongsi teknik seperti dalam post ini. Jika anda rasa berbaloi, silakan kongsi post ini di Facebook.

No comments:

Post a Comment