Maksud dan Cara Melakukan Blogwalking

pengertian cara blogwalking
Sebagai blogger, anda kenalah tahu apa itu pengertian atau maksud blogwalking. Ini kerana blogwalking itu penting sebagai antara langkah melakukan link building atau meletakkan backlink di blog orang lain. Selain itu, blogwalking juga sebagai langkah untuk mempromosikan blog anda di samping mendapatkan trafik.

Apa Itu Blogwalking?

Blogwalking adalah perbuatan di mana anda mengunjungi blog orang lain dan memberi komen berisi link ke blog anda. Hal ini samalah juga seperti mempromosikan blog anda di blog mereka melalui ruangan komen.

Kepentingan Blogwalking.

Blogwalking penting sebagai langkah melakukan link building atau menyebarkan backlink. Ini juga bermaksud blogwalking adalah antara teknik SEO dan memandangkan blogwalking sebahagian daripada link building atau backlink, maka ia boleh dikategorikan sebagai asas SEO.

Selain itu, blogwalking juga boleh menyumbang trafik ke blog anda dan berpotensi untuk meletakkan blog anda di kedudukan yang baik di SERP. Ini kerana, semakin banyak trafik blog tempat anda melakukan blogwalking, maka semakin banyaklah kebarangkalian orang yang akan klik link ke blog anda sehingga memberi isyarat kepada enjin pencari bahawa konten link itu mungkin penting, itupun jika link anda bersifat dofollow.

Cara Melakukan Blogwalking.

Untuk melakukan blogwalking, anda kenalah baca dulu post blog yang anda pilih. Kemudian, berikan komen yang bermanfaat dan masukkan link ke blog anda. Pastikan link itu boleh diklik (clickable) untuk memudahkan pengunjung. Untuk menjadikan link itu clickable, silakan copy code di bawah..

<a target="_blank" rel="dofollow" href="link">tajuk</a>

Gantikan perkataan link itu menjadi link ke post blog anda. Manakala perkataan tajuk digantikan dengan tajuk post tersebut. Sedikit peringatan, link tidak akan menjadi sekiranya anda tambah "http". Jadi, letakkan saja link anda tanpa "http". Lihat contoh di bawah...

<a target="_blank" rel="dofollow" href="blogging-dan-seo.blogspot.com/2017/01/apakah-itu-pengertian-seo.html
">Pengertian SEO</a>

Seperti yang anda lihat, admin tidak letak "http". Perhatikan juga selepas "rel". Anda akan mendapati admin meletakkan "dofollow" di situ. Bermaksud link yang akan keluar bersifat dofollow. Untuk menukar menjadi nofollow, tukar sahaja perkataan "dofollow" menjadi "nofollow".

Peringatan Untuk Melakukan Blogwalking.

Kebanyakan pemilik blog sudah menetapkan link dari komen akan menjadi nofollow walaupun anda sudah tetapkan menjadi dofollow. Ada juga yang tidak suka sebarang link luar blog mereka. Oleh itu, blogwalking lah dengan cara yang sopan dan menghormati pemilik blog.

<KLIK SINI UNTUK KONGSIKAN POST INI DI FACEBOOK>

Dan peringatan kepada semua blogger, jangan sesekali blogwalking dengan cara spam.

No comments:

Post a Comment