Cara Mendapatkan dan Meningkatkan Followers Blog

follower-blog
klik untuk sumber gambar
 Followers itu penting agar blog anda terus menerima visitors dengan lebih cepat selepas mengemas kini blog. Selain itu, dengan followers yang mencukupi, kita dapat menjana pendapatan dengan lebih mudah atau mempromosikan blog atau laman web melalui blog sedia ada. Banyak cara untuk kita mendapat followers blog atau laman web. Antaranya.....

1. Mendapatkan Visitors.

Logik. Macam mana orang nak follow blog kalau tengok pun belum? Untuk meningkatkan visitors blog, anda boleh menggunakan teknik asas SEO atau mempromosikannya di Facebook atau laman sosial yang lain.

2. Meletakkan Widget Follow By Email.

Untuk pengguna platform blogger, anda sudah disediakan widget Follow By Email. Untuk meletakkan widget ini melalui platform blogspot, silakan ke halaman blogger.com dan ke layout. Pilih bar dan klik "add a gadget" dan cari widget/gadget "follow by email" lalu klik. Seterusnya, anda pasti akan tahu.

3. Forum.

Aktifkan diri anda di forum. Bukan sahaja anda dapat mempromosikan blog, anda juga dapat menambah followers blog anda apatah lagi jika ada post dalam blog anda dapat menjawab soalan mereka.

4. Follow Blog Orang Lain.

Bila anda follow blog orang lain, ada kemungkinan mereka akan follow blog anda semula. Selain itu, anda juga boleh follow semula blogger yang follow blog anda supaya mereka lebih cenderung untuk terus membaca post-post dalam blog anda. Dengan cara ini, anda juga sudah boleh meningkatkan pageviews.

5. Hubungan dan Komunikasi Dengan Blogger Lain.

Anda boleh menghubungi blogger lain yang sudah maju dan meminta mereka mempromosikan blog anda dengan cara meminta followers mereka untuk follow blog anda. Mungkin mereka akan mengenakan bayaran tetapi jika anda rasa harga yang mereka minta berbaloi, apa salahnya mencuba.

6. Menjadikan Page Dalam Blog / Laman Web Cepat Loading.

Siapa yang nak follow blog atau laman web yang lambat loading? Untuk menjadikan blog atau laman web anda lebih cepat loading, anda cuma perlu mengurangkan widget dan memasang template yang kurang berat. Template yang kurang berat biasanya template default atau simple.

7. Meminta Visitors Follow Blog.

Cara yang termudah. Setiap kali anda selesai menulis post, apa salahnya jika meletakkan ayat seperti "Sudah baca? Jom follow blog saya untuk lebih lagi". Manalah tahu, kalau-kalau ada yang follow.

No comments:

Post a Comment