Tingkatkan Trafik Blog Dengan Mempromosikan nya di Facebook

promosi=blog-facebook

Facebook adalah laman web sosial yang mempunyai page rank yang tinggi kerana menjadi antara laman web yang banyak dilawat. Walaupun Facebook bukan pilihan utama untuk backlinks blog kerana link yang dikongsikan di Facebook bersifat Nofollow, namun masih digalakkan untuk mempromosikan dan menambah visitors ke blog anda.

Banyak cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan blog anda di Facebook. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut...

1. Share Link Melalui FanPage.

FanPage Facebook seringkali digunakan untuk mempromosikan bisnes termasuklah blog dan laman web. Untuk menggunakan kaedah ini, anda kenalah mempunyai fanpage yang mempunyai likers yang cukup seperti 10,000. Likers anda juga hendaklah kerap berinteraksi dengan page anda. Untuk mengetahuinya, anda boleh kaji sendiri melalui bilangan komen, likes di setiap post dan share.

Kemudian, hanya tulis beberapa ayat, letak url dan tekan 'post', blog anda sudah dipromosikan.

Namun, anda kenalah perhatikan post reach. Memandangkan post anda mempunyai link, maka post reach anda mungkin dalam seratus orang sahaja sedangkan jumlah likers anda mencecah seribu. Untuk meningkatkan post reach, ayat anda hendaklah menarik seperti post blog anda. Jangan pula ayat cantik tapi post blog hancur....

Dengan ayat yang menarik, likers akan lebih cenderung untuk share post page anda.

Jika tidak, anda boleh meningkatkan post reach dengan boost post. Tapi, anda kenalah memasukkan maklumat seperti kad kredit kerana ia mengenakan bayaran. Begitu juga dengan Facebook ads.

2. Share Link di Group.

Group anda hendaklah sesuai dengan blog anda. Jika blog anda pasal masakan, maka group juga hendaklah berkaitan masakan seperti group kongsi resepi. Dengan cara ini, blog anda lebih mudah dipromosikan melalui group Facebook.

Tapi ingat, kalau admin group padam post anda, anda tidak boleh mempersoalkannya. Dan jika ia berlaku, ia adalah petanda bahawa group itu bukan sesuai untuk mempromosikan blog.

Lagi satu, mempromosikan blog secara berulang kali di group harus dihindari. Kerana bukan sahaja menjejaskan reputasi blog anda, malah reputasi link promosi anda. Maksudnya, apabila anda berulang kali link ke blog anda, orang lain pun akan bosan dan mula berfikiran "balik-balik post link" dan membuatkan mereka bertambah malas untuk klik link ke blog anda.

Boleh juga share link di group blogger. Tapi... mungkin jarang nak dapat visitors dari grup blog sebab masing-masing nak promote blog.

3. Komen.

Komen anda hendaklah asli dan bukan SPAM. Sila lihat contoh spam di bawah...
promosi-blog-facebook


Hindari contoh di atas dan gunakan komen yang asli dan sesuai dengan post. Misalnya sesebuah page post sesuatu pasal "resepi", maka anda boleh memberi komen yang mengandungi link ke blog masakan anda. Simple....

4. Gambar Profil dan Cover.

Jika anda meletakkan gambar profil dan cover yang mengandungi maklumat blog anda, secara langsung anda sudah mempromosikan blog anda. Jika, ada orang lain 'stalk' akaun anda dan terlihat maklumat blog anda, ada kemungkinan dia akan melawat blog anda untuk 'stalk' anda lebih lanjut. Tapi......ehem. Kalau adalah.....

No comments:

Post a Comment