Pengertian dan Perbezaan Visitors, Unique Visitors dan Pageviews

maksud-beza-visitor-pageview-unique
klik untuk sumber gambar
Sebagai blogger, kita mesti tahu pengertian dan perbezaan unique visitors dan visitors serta pageviews. Ia adalah salah satu asas yang harus diketahui semua bloggers tidak kira apakah genre blog kita. Pemahaman pageviews dan unique visitors atau dalam Bahasa Melayu, pelawat unik memberi kelebihan dalam dunia blogging dan marketing. Untuk mengetahui lebih lanjut, teruskan membaca blog ini...

Apakah Maksud Visitors?

Dalam bahasa Melayu, ia bermaksud pelawat. Dalam istilah blogging, Visitors bermaksud pelawat yang mengunjugi laman web atau blog kita. Andaikatalah seseorang melawat blog kita, maka visitors sudah dikira 1. Jika dia tutup tab atau tutup browser, dan membuka kembali laman web atau blog kita, maka sudah dikira 2 visitors.

Apakah Itu Unique Visitors?

Unique Visitors bermaksud pelawat unik. Untuk memahami maksud Unique Visitors dengan lebih jelas dan ringkas, bayangkan seseorang melawat blog kita sebanyak sekali. Maka, visitors sudah dikira 1. Namun, jika dia tutup tab atau browser dan membuka blog kita lagi dalam beberapa tempoh, maka sudah dikira 2 visitors. Namun, dalam Unique Visitors, masih dikira 1 (dalam sesuatu tempoh) memandangkan ia datang dari ip address yang sama. Jika 1 orang melawat blog kita sebanyak dua kali menggunakan device yang berbeza, contohnya sekali menggunakan laptop, dan sekali menggunakan komputer atau handphone (atau laptop yang berbeza), maka Unique Visitors dikira 2 memandangkan mereka mengira dengan mengesan ip address.

Sekarang, admin ingin menguji minda anda. Jika sesebuah blog menerima 1000 visitors sehari dan 500 Unique Visitors sehari, berapakah bilangan Unique Visitors dalam seminggu atau 7 hari?

Jika anda mengira 500 darab 7, maka anda mungkin belum faham sepenuhnya maksud Unique Visitors. Jawapan sebenar, bergantung dengan apa yang ditunjukkan oleh tool anda. Hal ini kerana, jika blog anda menerima 500 Unique Visitors sehari, tidak semestinya anda menerima 3,500 (500 x 7) Unique Visitors seminggu. Kerana, ia mungkin ip address yang sama melawat blog anda keesokan harinya. Namun, bilangan Visitors dikira 7000 (1000 x 7) memandangkan ia bukan Unique Visitors.

Masih kurang faham? Usah bimbang.

Bayangkan, Isnin, ada 100 Unique Visitors ke blog anda. Untuk Isnin, anda mendapat 100 Unique Visitors. Keesokannya, hanya 70 daripada 100 Unique Vistors kemarin melawat blog anda. Maka, Unique Visitors untuk hari Selasa adalah 70. Namun, untuk 2 hari tersebut iaitu Isnin dan Selasa, blog atau laman web anda dikira menerima 100 Unique Visitors.

Kemudian, pada hari Rabu, hanya 20 daripada 100 Unique Visitors mengunjungi blog anda. Maka Untuk 3 hari itu, tetap dikira 100 Unique Visitors. Tiba-tiba, pada hari Rabu yang sama, anda menerima pula 50 Unique Visitors yang belum pernah melawat blog anda sebelum ini, maka jumlah Unique Visitors untuk 3 hari itu adalah 150.

Sudah faham maksud Unique Visitors? Bagus! Jika tidak, maafkan admin. Sila cari pula di blog lain melalui Google.

Sedikit nota : Unique Visitors sering diringkaskan menjadi UV.

Apakah Pula Pengertian Pageviews?

Ini cukup mudah! Maksud pageviews adalah paparan halaman. Dalam istilah blogging, pageviews bermaksud jumlah lawatan oleh visitors dalam blog atau laman web kita. Andaikatalah satu visitors melawat blog kita, kemudian dia lihat 4 post dalam blog kita, maka, jumlah pageviews dikira 4 manakala visitors dikira 1 melainkan dia tutup tab atau browser dan buka semula blog kita.

Harap anda faham maksud Visitors, Unique Visitors dan Pageviews. Ini adalah asas yang perlu diketahui oleh semua blogger.


No comments:

Post a Comment