Apa Itu Niche dan Niche Blogging

niche-blogging
klik untuk sumber gambar
Tentu ramai blogger tertanya-tanya apakah itu pengertian Niche dan Niche Blogging. Untuk blogger yang ingin menjana pendapatan melalui bisnes blog, harus tahu apakah erti dan kepentingannya terutama dalam menjana pendapatan melalui blog.

Jika anda ada baca post admin pasal teknik asas SEO, admin ada beritahu Niche itu secara ringkasnya bermaksud maklumat spesifik atau lebih muda, anggap saja ia adalah tema blog anda. Ini bermaksud, Niche Blogging adalah membuat blog atau laman web yang mensasarkan maklumat tertentu untuk tujuan bisnes atau pasaran.

Kurang faham? Ok. Bayangkan anda ada blog atau website yang hanya menyampaikan maklumat berkaitan "kecantikan dan kesihatan", maka niche blog anda adalah "kecantikan dan kesihatan". Maksudnya, apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti "cara menghilangkan parut" atau lain-lain kesemuanya hendaklah berkongsi satu tema barulah dianggap niche blog / website.

Bila anda sudah faham maklumat di atas, maka anda sudah boleh faham maksud niche blogging.

Bagaimanakah Cara Membuat Duit Dengan Niche Blogging?

Antara cara mudah dengan membuat duit dengan Niche Blogging adalah dengan meletakkan iklan yang berkaitan dengan niche blog anda. Misalnya, blog anda berkaitan "kecantikan", maka iklan yang sepatutnya ada dalam blog anda adalah iklan seperti "ubat jerawat" dan sebagainya.

Untuk menjana pendapatan dengan iklan, hanya daftar Google Adsense atau alternatif lain seperti Nuffnang. Mereka akan menyediakan pilihan tentang jenis iklan yang akan keluar dalam blog anda.

Cara kedua, anda boleh membuat ulasan berbayar tentang sesuatu produk. Tapi, blog atau laman web anda hendaklah mempunyai Niche yang dikehendaki dan berkualiti. Maksudnya, menerima banyak visitors setiap bulan secara konsisten.

Untuk menarik perhatian sesuatu syarikat atau pemilik produk, cukup dengan meningkatkan trafik blog anda dan mempunyai niche tertentu dan meletakkan maklumat cara berhubung dengan anda misalnya email. Jika bernasib baik, mungkin akan ada syarikat atau peniaga yang mahu anda membuat ulasan tentang produk mereka sambil dibayar.

Satu lagi cara membuat duit dengan niche blog, adalah dengan menjual produk yang sesuai dengan niche blog anda. Misalnya, Niche blog anda adalah "kecantikan", anda akan berasa lebih mudah menjana pendapatan dengan menjual produk seperti "ubat menghilangkan parut". 
Kenapa lebih mudah?

Sukar pula admin nak jelaskan. Ok, bayangkan ada orang nak hilangkan jerawat, tentu dia akan cari "cara hilangkan jerawat" di carian Google. Kemudian, dia pun ke satu laman web daripada SERP dan membaca post yang berkaitan "cara hilangkan jerawat". Dalam post tersebut, ada sebut tentang sesuatu produk yang boleh menghilangkan jerawat yang memang dijual oleh mereka. Jadi, memandangkan dia pun nak hilangkan jerawat, dia pun kaji pasal produk tersebut di laman web yang sama (atau lain). Bila berpuas hati, ada kemungkinan dia akan beli produk tersebut dari laman web tadi.

Kemungkinan untuk membeli produk tersebut bertambah besar apabila niche laman web atau blog tadi berkaitan "kecatikan". Kenapa? Bayangkan niche sesuatu blog atau laman web adalah "teknologi dan gadget" tiba-tiba jual pula produk "ubat tenaga batin". Bukankah pelik? Mungkin ada yang akan beli namun kemungkinannya kurang berbanding produk yang sepadan dengan niche.

Harap sudah faham apakah itu niche dan niche blogging dan kelebihannya.

No comments:

Post a Comment