Pengertian Ping Untuk Blog

ping-blog
klik untuk sumber gambar
 Ping adalah antara asas SEO yang harus diketahui oleh setiap bloggers. Walaupun Ping belum tentu berkesan dalam menyumbangkan visitors kepada blog atau laman web, tetapi dapat membantu untuk membuatkan post baru blog anda terindeks dengan lebih cepat di enjin pencari seperti Google.

Pengertian Ping adalah satu perbuatan di mana anda memberitahu enjin pencari yang blog anda sudah dikemas kini. Melalui Ping, post baru blog anda akan lebih cepat terindeks di enjin pencari.

Untuk Ping blog, biasanya laman web yang menawarkan servis ping meminta url blog anda dan rss blog secara optional. Setelah itu, anda akan mengesahkan anda bukan robot sebelum menekan butang ping.

Antara laman web yang menawarkan servis Ping ialah...

1. GooglePing.

Laman Ping rasmi milik Google. Laman Ping yang paling sesuai dan berkesan memandangkan ia adalah milik Google dan banyak servers.

2. Pingler.

Mementingkan keselamatan blog anda apabila hanya membenarkan anda ping sekali setiap 3 hari.

3. Ping-O-Matic.

Antara laman Ping terkenal dan ringkas. Khas untuk pengguna Blogspot dan Wordpress.

4. FeedShark.

Laman Ping terkenal namun admin kurang menggunakan laman web ini.

Sedikit peringatan dalam Ping blog, pastikan anda tidak terlalu kerap Ping blog atau laman web anda kerana dikhuatiri dianggap SPAM. Admin cadangkan, minimal untuk kekerapan Ping blog adalah sekali seminggu.

No comments:

Post a Comment