Apa Itu Pengertian Internal Link dan Kepentingannya

maksud-kepentingan-internal-link
klik untuk sumber gambar
 Dalam dunia blogging, anda kena faham apakah itu pengertian Internal Link dan kaitannya dengan Backlink. Ini kerana banyak kepentingan dan faedah yang kita boleh dapat melalui Internal Link.

Apakah Itu Internal Link?

Internal Link bermaksud link yang berada di dalam blog anda yang membawa ke post lain tapi masih dalam blog atau laman web yang sama. Maksudnya link ke blog anda semula tapi di tempat atau post yang berbeza.

Apakah Kepentingan dan Kelebihan Internal Link?

Internal Link dapat memudahkan blogger menyampaikan maklumat tanpa bersusah payah menjelaskan semula. Sebagai contoh, tengok perenggan pertama. Perkataan backlink adalah link ke post yang menjelaskan maksud backlink. Dengan cara ini, admin tidak perlu buang masa menjelaskan semula maksud backlink dan pembaca pun tidak perlu membuka tab baru untuk Google apakah itu backlinks.

Selain itu, ia juga bagus untuk meningkatkan pageviews blog di samping mengelakkan post anda sebelum ini terbiar begitu sahaja. Kenapa ia boleh meningkatkan pageviews blog, adalah apabila seseorang visitor membaca post blog anda dan kemudian klik Internal Link di dalamnya, dia sudah menyumbangkan satu lagi pageviews kerana melawat post lain di blog anda.

Bagaimanakah Cara Meletakkan Internal Link?

Cukup mudah. Pertama, post anda hendaklah memilih mana-mana perkataan atau ayat untuk dijadikan link. Kemudian, pilih url post yang sudah ada di blog anda yang berkaitan dengan perkataan atau ayat itu. Misalnya untuk perkataan "pageviews", admin memilih url post yang menjelaskan tentang pageviews. Kemudian, dengan cara tertentu, jadikan admin jadikan perkataan "pageviews" itu clickable dan akan membawa ke post berkaitan pageviews di blog admin yang sama.

Harap anda semua faham maksud Internal Link dan kepentingannya.

No comments:

Post a Comment